Keadaan orang yang sakit itu ada dalam pelbagai kategori. Ada penyakit luaran dapat dirasai pada bentuk zahirnya dan dapat dilihat.Ada penyakit yang mengganggu spiritual dan emosi biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan kadangkala tidak disedari oleh sipesakit itu sendiri
Penyakit sebenarnya tidak datang secara mendadak terhadap seseorang . Ia menyerang secara berperingkat peringkat. Diperingkat awal tanda tanda penyakit atau sintomp akan mula dialami oleh kita. Sintomp 2 ini akan meningkat dari masa kemasa mengikut tahap sehingga ke peringkat yang kronik penyakit sudah tidak boleh dirawat lagi kerana kegagalan semua fungsi organ dan sistem tubuh badan.
Tubuh bandan mempunyai tenaga hayat semula jadi yang sempurna ukurannya mengikut sukatan aura dan gelombang tertentu. Dalam suatu keadaan aura tubuh badan seorang sudah menjadi tidak seimbang atau ukuran gelombang tenaganya sudah mula menurun atau tidak setabil lagi kerana tekanan dan perubahan yang berlaku atas sikap diri sendiri.
Ketidak seimbangan ukuran tenaga gelombang yang berlaku akan mengganggu
kerja2/fungsi organ dan sistem dalam badan dan menimbulkan rasa tidak selesa dan tidak bertenaga, disitulah bermulanya penyakit ditahap yang awal.
Penyakit tidak akan berundur malah terus mara dengan gangguannya selagi kita tidak mengambil langkah untuk mengawalnya. Ditahap sintomp yang awal ramai yang tidak mengindahkan langsung akan masalahnya ini, mereka menganggap perkara ini hanya sementara dan akan reda sendiri.
Anggapan mereka meleset sama sekali setiap hari mereka menjalankan terus aktiviti harian yang mereka lakukan dan menambah bebankan lagi masalah yang sedang melanda. Mereka tiada masa dan sayangkan duit mereka untuk mengambil perhatian terhadap bebanan penyakit yang sedang ditanggung. Mereka terus leka bekerja dan bekerja mencari duit.
Kasihatan adalah milik yang paling berharga bagi kita. Tiada seorang pun insan yang suka pada keadaan yang sakit atau tidak sihat. Tetapi adakah manusia dapat mengelakan diri dari di timpa masalah sakit ini. Tanyalah diri sendiri.
Ada golongan yang sangat mengambil berat tentang kesihatannya sejak dari awal lagi dan sentiasa menjaga setiap aspek amalannya yang dan mengelakan dari melakukan amalan amalan yang mengganggu kesihatannya.
Ada golongan yang sangat sibuk dengan karier yang dikejar sehingga terleka dari memandang secara langsung akan keupayaan diri sendiri sehingga menghadapi simptom sintomp yang semakin ketara dan mula mencari jalan dan ikhtiar untuk mengatasi masalah yang mula dihadapi dan dihidapi.
Ada golongan yang sangat tidak peka dengan gejala yang menimpa diri selain dari menumpukan sepenuh penuh perhatian hanya pada pekerjaan dan karier dalam mencari harta dan kekayaan, simptom penyakit yang memberi tanda tanda sakit tidak diperdulikan. Akhirnya apabila keadaan kesihatan semakin teruk dan kronik mereka terpaksa juga mencari rawatan sehingga kadangkala sudah tidak sempat untuk dirawat lagi dan membawa maut.
Dalam golongan manakah diri anda sebenarnya???
Kecantikan dan Anda
15 years ago