Senario penyakit pada zaman Datuk nenek kita dahulu adalah sangat berbeza sekali dengan senario penyakit masa kini. Pada ketika itu penyakit biasanya menyerang golongan usia yang sudah tua. Penyakit penyakit biasa menyerang seperti darah tinggi , demam panas dan penyakit tua.Kini penyakit boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira usia tua atau pun muda tidak terkecuali yang masih bayi. Malah mengikut kajian pakar perubatan bagi setiap 4 orang, seorang adalah berpotensi diserang penyakit canser. Pelbagai jenis penyakit misteri telah ditemui oleh para saintis yang mengkaji penyakit . Penyakit yang dahulunya menyerang binatang sahaja tetapi kini telah menyerang manusia seperti penyakit kuku dan mulut, penyakit JE dan lain-lain. Wabak-wabak penyakit kini sudah tidak dapat dikawal lagi seperti Denggi dan HI N1.Pelbagai kajian saintis yang begitu canggih telah diterokai namun kajian dan penemuan penemuan terbaru merka masih belum dapat menyelamatkan nyawa manusia seperti yang diharapkan.Kaedah rawatan pakar pakar yang memakan belanja yang besar dan risiko yang tidak menjamin kepada penyembuhan penyakit secara tak langsung telah menyebabkan masyarakat telah memilih rawatan alternatif sebagai salah satu usaha mereka untuk mencari jalan keluar bagi mengatasi masalah masalah kesihatan yang kronik dan yang misteri.Rekod rekod kejayaan para Doktor Alternatif yang tersiar di majallah dan media menambahkan lagi keyakinan masyarakat untuk memilih jenis rawatan Alternatif untuk masalah kesihatan mereka.
Kecantikan dan Anda
15 years ago
No comments:
Post a Comment