Rawatan Alternatif dulu orang sebut rawatan tradisional. Bila sebut rawatan tradisional ramai orang tak minat sebab mereka ingat yang merawat tu bomoh, dukun, tabib dan ada juga ustaz ustaz guna penawar air sejuk yang dijampi atau mandi limau.Ada pulak yang menganggap kaedah tu semua khurafat kecuali ustaz yang guna air penawar. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan mereka boleh juga menyembuhkan penyakit.
Rawatan Alternatif kini lebih global.Rawatan alternatif biasanya di amalkan oleh pengamal pengamal pelbagai kaum bagi pelbagai jenis rawatan dinegara kita. Oleh kerana masyarakat di Malaysia ini adalah masyarakat majmuk maka khazanah perubatan alternatif sangatlah banyak diamalkan.
Orang India mengamalkan rawatan Ayuverda dan Yoga, manakala China terkenal dengan Akar kayu , cendawan, ginseng, refleksi dan akupanture , orang Melayu pula mengamalkan cara urutan tradisional ,jamu dan rawatan homeopati. Sebenarnya ada pelbagai jenis lagi bentuk rawatan altenatif di negara kita. Jenis rawatan yang sedang berkembang adalah rawatan yang berkonsepkan tenaga, gelombang dan aura seperti Chakera alam, Reikhi, Rawatan gelombang warna, Rawatan Pancaran tenaga rohani, Rawatan Elektronik dan pelbagai jenis rawatan berbentuk terapi gelombang.
Rawatan Alternatif telah menyumbang khidmat yang besar di negara kita dalam menangani pelbagai masalah penyakit yang biasa, penyakit yang kronik, yang misteri dan yang melibatkan gangguan tenaga luar. Pemikiran masyarakat sekarang lebih terbuka untuk menerima Rawatan Alternatif sebagai pilihan untuk merawat masalah kesihatan mereka. Kerajaan tidak kurang juga memberi sokongan dengan memberi laluan kepada pelbagai jenis rawatan alternatif untuk berganding bahu dengan pihak hospital swasta dan hospital kerajaan untuk memberi perkhidmatan rawatan kesihatan.
Rawatan Alternatif yang berkonsepkan tenaga aura dan gelombang adalah salah satu daripada kaedah rawatan terkini yang mula berkembang dikalangan masyarakat masa kini. Kaedah rawatannya yang unik dan menarik ,mudah serta berkesan dan tidak memerlukan kos yang tinggi memberi kepuasan kepada pelanggan. Sambutan yang diberi sangat menggalakkan. Rekod kejayaan dalam mengatasi pelbagai jenis penyakit sudah terbukti dan mendapat liputan dari majalah , akhbar dan media masa yang lain.
Kunjungi web kami www.rawatankesihatan.com untuk mendapat maklumat lanjut untk rawatan penyakit dan pelbagai masalah kesihatan. www.deforma2u.blogspot.com untuk mendapatakn produk penjagaan kulit/skin care yang mempunyai tenaga aura dan gelombang dalam pembuatannya. Ianya sangat berkesan dan dijamin suci dan bersih dijual dengan harga yang sangat berpatutan.
TIADA PENYAKIT TIADA UBATNYA KECUALI MATI DAN TUA
Kecantikan dan Anda
15 years ago
No comments:
Post a Comment