Monday, April 12, 2010

DULU SAYA CIKGU

Lepas habis belajar diMaktab 4P Penang saya diposting mengajar di hometown Perak.Jumpa Pakwe KAT Penang kemudian kahwin selepas 1 tahun posting. Lepas kahwin pindah ke Cameron Hinghlands, 10 tahun mengajar di Cameron Highlands kemudian berpindah ikut suami ke Kuantan Pahang.
Di Kuantan saya mengajar disebuah Sek Men Agama subjek matematik menengah rendah.
Masa tulah cikgu cikgu Mate kena sindrom tukar Bahasa. Cikgu2 mate kena mengajar mate dalam Bahasa Inggeris. Wow!!!! bayangkanlah mengajar dengan bahasa ibunda pun dah se'eh ni nak kena guna Bahasa Inggeris pulak.
Selepas kena kursus berminggu minggu boleh lah mengajar dalam Bahasa Inggeris. Saya memang suka jadi cikgu dulu masa kecik2 pun suka berlakon main2 jadi cikgu.Sejak mula mengajar diKuantan saya dah mula berjinak jinak dengan biz dan MLM, namun saya tetap menjaga piority tugas cikgu tetap utama.
Anak murid kata saya cikgu yang sangat garang. Memanglah rata2 cikgu mate kena garang kalau tidak susah nak pandai kira.Saya memang ada prinsip mengajar, kalau saya dah mengajar pantang saya kalau anak murid masih tak faham. Kalau saya mengajar pantang saya ada murid cuba ponteng kelas.
Rekod cemerlang saya pernah mendapat 4 kali anugerah guru matematik cemerlang Sek Agama di Pahang dan keputusan kelulusan peperiksaan PMR sentiasa 100%. Pada hujung tahun 90an saya mula berminat dengan bidang rawatan alternatif. Setiap hujung minggu dan cuti sekolah saya pergi belajar ilmu rawatan alternatif CVT di Kuala Lumpur.
Sambil mengajar saya mula mempraktik ilmu yang saya pelajari. saya mula merawat ahli ahli keluarga dan kawan kawan disekeliling. Tak sangka pula respon sangat menggalakan
dan boleh pula memberi income yang agak lumayan.
Rekod rekod kejayaan dalam merawat orang sakit telah memberi semangat untuk terus kotmit dan mengambil Diploma dalam Rawatan Alternatif dalam tahun 2004. Cita cita nak jadi doktor Alternatif yang bertauliah. Dengan izin Allah gunung didaki lautan diseberangi setelah menghadapi pelbagai cabaran pada tahun 2006 saya telah berjaya mendapat gelaran Dr Alternatif dari Universiti Science and Colour Therapy di Kuala Lumpur.
Apa cite tentang cikgu pulak?
Sebenar setelah saya mengajar selama 27 tahun saya ada diserang sindrom bosan mengajar kerana terlalu banyak paradigma kualiti pelajar masa kini yang telah berubah dan tercemar.
Berbanding masa dulu dulu kini guru telah dibebani dengan pelbagai tanggung jawab yang kadang kadang tak masuk akal. Tugas luar kelas telah mengatasi kepentingan tuga s didalam kelas.sedangkan kualiti dan kredebeliti cikgu hanya ditekankan pada result peperiksaan.Saya rasa saya mengajar semakin pakar tetapi malangnya saya dapati pelajar pelajar sekarang semakin susah untuk diajar, semakin susah untu menerima pelajaran,semakin tidak menghormati guru dan kebanyakan tidak punya kekuatan dan semangat untuk belajar.
Pandangan peribadi saya mendapati pelajar tidak mahu berusaha, tidak sedar kepentingan belajar dan banyak terpengaruh dengan persekitaran yang tidak membantu mereka maju dalam pelajaran.Pelajar sudah tidak mengenal guru yang mengajar mereka.
Pelajar datang ke sekolah, pelajar masuk kelas tapi sebenarnya mereka tidak belajar.
Datang kesekolah hanya sebagai rutin dan memenuhi masa yang terluang.
Saya mendapat kesimpulan semua gejala gejala ini ada kaitan dengan amalan permakanan, latar belakang keluarga yang tidak setabil dan pengaruh syber dan internet serta sistem komunikasi yang semakin canggih.
Pelajar yang baru masuk sekolahpun sudah pandai main internet dan sms. Golongan pelajar sekolah sangat terdedah dengan pelbagai gejala yang sangat merbahaya yang mereka sendiri tak sedar akibat dari berkembangannya teknologi komunikasi dan jalur lebar..

Para ibu bapa melakukan apa sahaja untuk memastikan anak mereka dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sekali gus sebagai pelajar yang berjaya. Kelas kelas tution tumbuh seperti cendawan dan mendapat sabutan yang menggalakan. Buku buku pelbagai jenis dibeli untuk anak anak belajar dan jadi cemerlang. Namun apa yang diharapkan dari segala pengorbanan wang ringgit dan masa kadang kadang masih tidak tercapai.

Sebenarnya ada satu lagi perkara yang perlu kita sedari iaitu pelajar pelajar ini sebenarnya perlukan pembinaan rohani yang seimbang untuk membina sasiah yang positif.
Para ibu bapa tidak kurang juga membantu perkembangan pembelajaran anak anak dengan membekalkan produk produk minda yang banyak dipasaran kini kepada anak anak mereka.
Produk minda adalah permakanan otak.

Pada tahun 2006 saya meninggalkan bidang perguruan/ bersara awal atas sebab untuk menerokai bidang rawatan alternatif yang mempuyai pelbagai ilmu yang sangat berguna yang dapat menangani segala macam bentuk masalah dari segi kesihatan dan amalan,budaya dan sikap. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang ilmu permakanan, ilmu untuk mempositifkan sikap dan amalan yang boleh menjamin kesihatan,ilmu untuk memilih perawatan alternatif untuk menjaga kesihatan. Masyarakat perlu diberitahu bahawa rawatan alternatif sebenarnya merawat merangkumi 4 aspek level manusia iaitu spritual,emosi,mental dan fizikal. Rawatan Alternatif menyediakan penawar dalam bentuk tenaga yang menggunakan medium medium terpilih seperti madu, minyak zaiton, zaffaron, habbatussauda dan pelbagai lagi jenis yang memang telah termaktub dalam kitab. Kini rawatan alternatif boleh menyediakan pelbagai bentuk tenaga lagi yang secara fitrahnya itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh badan manusia, contohnya perubatan elektronik, pancaran tenaga rohani, holistik healing danlain-lain.

Untuk rujukan rawatan alternatif yang dicadangakan sila layari
www.rawatankesihatan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment