Sunday, April 11, 2010

APPLIED KINESIOLOGY (AK)

Dalam rawatan Alterntif ada pelbagai cara perawat mendaignos pesakit untuk mengesan masalah kesihatan dan penyakit. Applied Kinesiology (AK) adalah satu kaedah mengesan penyakit menggunakan tenaga minda, digabung dengan kekuatan otot dan ilmu.
Tanpa ilmu kita tidak boleh memahami sesuatu kejadian yang berlaku dan tidak boleh mendapatkan apa apa manfaat dan tidak boleh melakukannya walaupun perkara itu nampak mudah.

AK telah diamalkan sejak dari dahulu lagi sila layari internet untuk mendapat rujukan
tentang pelbagai kaedah kinesiology yang diamalkan oleh pengamal perubatan alternatif dari luar negara. Dianosis secara AK yang dipraktikkan oleh perawat alternatif aura dan gelombang dapat membantu perawat mengenal pasti maklumat diri pesakit dari pelbagai aspek. Dengan menggunakan kekuatan otot tangan dan tenaga minda perawat dapat mengesan punca kelemahan organ ,sintomp2 penyakit, warna aura diri yang boleh memberi maklumat tentang personaliti diri secara keseluruhan, potensi penyakit dan saiz badan yang sebenar bagi pesakit.

Apabila tahap kesihatan seseorang sudah dikenalpasti perawat akan memberi rawatan yang sesuai dan produk produk penawar yang dipertenagakan dengan aura dan gelombang yang dimasukkan kedalam bahan bahan terpilih yang terbukti khasiatnya seperti yang telah dinyatakan dalam AlQuran, seperti madu, minyak zaitun, habatussauda, aroma buah buahan dan tumbuhan semuanya secara semula jadi dpat membangunkan semula kegalan fungsi organ dan sistem dalam tubuh badan.

Khasiat penawar ditambah lagi dengan tenaga asyifa dan pancaran tenaga rohani menjadikannya sesuai mengatasi apa sahaja masalah kesihatan yang dihadapi mahupun yang diperingkat kronik kerana sesungguhnya TIADA PENYAKIT YANG TIADA UBATNYA KECUALI MATI DAN PENYAKIT TUA.

No comments:

Post a Comment