Monday, April 5, 2010

PENYAKIT CEGAH SEBELUM PARAH

Kata pepatah melayu sudah terantuk baru tengadah. Penyakit ni sebenarnya kalau dah teruk memanglah susah nak dirawat, tapi mengapa kita biarkan penyakit dah jadi teruk baru nak rawat. Kalau penyakit kita tak teruk memanglah kalau pergi hospital pun doktor tak rawat betul betul kerana di hospital dah banyak sangat orang sakit teruk teruk yang nak kena rawat, sampai tak cukup doktor, tak cukup katil dan tak cukup ubat nak rawat. Yang dah teruk tu pulak rawat punya rawat pun belum tentu sembuh lagi, malah banyak yang makin sakit berbanding yang makin sembuh.

Kalau pergi hospital atau klinik pulak Doktor tanya kita balik cik sakit apa? Padahal tujuan kita pergi hospital ni sebab nak tanya doktor apa sebenarnya masalah yang kita hadapi, kenapa rasa tak sihat dan macam macam lagi nak tanya doktor.Pendekkan cerita doktor bagi ubat tahan sakit balik rumah reda kejap lepas tu penyakit masih tak ada kurang sikit pun. Nak pergi hospital lagi dah malas belilah ubat ubat yang dijual tanpa jaminan yang selamat untuk menahan sakit, akhirnya penyakit menjadi semakin teruk. Masa tu baru lah doktor suruh masuk wad, periksa punya periksa, analisa dan kaji akhirnya kena operation atau makan ubat sampai bila bila untuk menampung hidup.Apa pun rawatan yang disyorkan masa tu tak dapat lagi memulihkan keadaan hanya setakat bertahan bila dah tak boleh tahan......terus jalan.....

RAWATAN ALTERNATIF AURA DAN GELOMBANG ni berbeza dari senario tadi.Pusat rawatan alternatif bersedia menerima sesiapa sahaja untuk mendapatkan rawatan samaada yang dah sakit atau yang nak tahu samaada mereka ada penyakit atau tidak.Biasanya perawat tidak bertanya masalah yang dihadapi oleh pelanggan tetapi perawat yang akan beritahu masalah yang sedang dihadapi oleh pelanggan. Namun kalau pelanggan dapat memberitahu sejarah dan sintomp yang dihadapi itu lebih membantu perawat untuk memberi ulasan tentang masalah kesihatan pelanggan secara keseluruhan. Perawat alternatif akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengesan atau mendiagnos penyakit. Salah satu kaedah mengesan /mendiagnos penyakit yang digunakan dalam rawatan aura dan gelombang ialah AK Applied Kinesiologi.

AK adalah kaedah yang menggunakan konsep kekuatan minda, kekuatan otot dan ilmu. Perawat akan dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelanggan mereka walaupun mereka belum lagi menunjukan tahap penyakit yang ketara. Dalam peringkat awal organ organ telah mengalami kelemahan penyakit dipanggil sintomp iaitu bermula dari tanda tanda tidak selesa dan kurang daya tahan. Apabila fungsi organ sudah mula tidak seimbang maka penyakit sudah mula hendak menyerang dan bila tahap organ sudah gagal berfungsi maka disitulah penyakit sudah menjadi serius dan kronik. Carilah mana mana Pusat Rawatan Alternatif untuk mendapatkan perkhidmatan mendiagnos penyakit.
Pastinya lebih MUDAH, PANTAS MURAH DAN SELAMAT.
KUNJUNGI www.rawatankesihatan.com untuk kesihatan
www.deforma2u.blogspot.com untuk kecantikan dan penjagaan kulit

No comments:

Post a Comment