Tuesday, June 1, 2010

BELUM CUBA BELUM TAHU

PUSAT RAWATAN ALTERNATIF

AURA DAN GELOMBANG (ATTITUDE THERAPY)

  • JIKA INGIN TAHU WARNA AURA DIRI
  • JIKA INGIN TAHU TAHAP KESIHATAN ANDA
  • JIKA INGIN TAHU PERSONALITI SEBENAR DIRI ANDA
  • JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN YANG BIASA ATAU KRONIK
  • JIKA ANDA BELUM BERJUMPA PENAWAR BAGI PENYAKIT ANDA

DAPATKAN PERKHIDMATAN KAMI

****MENDAIGNOS PENYAKIT

· SECARA SECARA TEPAT DAN PANTAS

(APPLIED KINESIOLOGI) /AK

*****TERAPI

· URUTAN TRADISIONAL-TREATMENT

(MASALAH SAKIT URAT, JATUH, TERSELIUH, LESU)

· REFLEKSIOLOGI

· HIDROTHERAPY AIS

*******PENAWAR

  • PRODUK KESIHATAN BERASASKAN MADU, MINYAK ZAITON, HABBATUSSAUDA’, PELBAGAI AROMA
  • DIPERTENAGAKAN DENGAN TENAGA MINDA DAN TENAGA ROHANI.
  • TERBUKTI SELAMAT DAN BERKESAN

PENJAGAAN KESIHATAN MASA KINI ADALAH ASET UNTUK MASA HADAPAN

PENYAKIT CEGAH SEBELUM PARAH

HUBUNGI

DR S NOOR HAMIDAH BT MUKHLAS

TEL: 0142238160

KAREKTOR DAN PENYAKIT


Ramai orang tidak sedar mereka sedang sakit, kerana
penyakit ini banyak yang tersembunyi dan tidak disedari.
Penyakit menyerang perlahan lahan bermula dari sintomp.
Penyakit sebenarnya adalah kegagalan sistem / organ dalam
badan untuk berfungsi dengan baik. Setiap organ mempunyai
amanah dan tanggung jawab untuk menjalankan tugasnya menjaga
kesihatan dan keharmonian tubuh badan. Allah sudah tetapkan
Namun jika karektor manusia jadi tidak seimbang dan negatif
keadaan ini akan mempengaruhi tenaga organ untuk berfungsi.
Manusia adalah makhluk paling sempurna yang Allah telah jadikan,
namun kebanyakan manusia telah lalai dan lupa untuk bersyukur
dan mengingati penciptaNya.
Mereka telah melakukan kezaliman pada diri mereka sendiri.
Mereka telah lupa amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai
seorang khalifah dimuka bumi.
Bagaimanakah kita menunjukkan rasa kesyukuran kepada Allah?
Mengingati Allah dengan melakukan solat dan rukun islam yang lain
Membuat kebaikan sesama manusia
Membina akhlak yang mulia
Menjaga permakanan yang halal dan toyyibah

Kegagalan manusia memenuhi fitrah yang diamanahkan ini adalah menjadi
punca penyakit yang ketara;
1. Sifat mazmumah seperti tidak puas hati, tertekan, marah , dengki,
tamak ,tidak ikhlas, kikir, dendam, mengeluh dan rangkaian karektor
yang negatif sebenarnya akan melumpuhkan sistem pertahanan badan dalam
bentuk spiritual.Ini amat mempengaruhi sistem imun, sistem pernafasan
dan sistem otak dan saraf.
2. Amalan permakanan yang tidak sihat pula mempengaruhi organ badan seperti
perut, pankreas, hati buah pinggang, usus, darah dan sendi tulang.

Sebuah pusat rawatan MIND AND ATTITUDE THERAPY yang diasaskan oleh
seorang Profesor yang masih muda Prof Dr. Arif Faizal akan dapat membantu
anda mengenal dan menangani segala jenis masalah kesihatan yang biasa atau
kronik.Sila layari
"rawatankesihatan.blogspot.com" di kawasan utara atau
hubungi Dr Noor email nuriman_ktn@yahoo.com
tel: 014 2238160 ( Petaling Jaya & Kuala Lumpur)

Tuesday, May 25, 2010

SIAPA TIDAK PERNAH GAGAL???

Kalau kita dah gagal sekali jangan bersedih hati
Kalau kita gagal 2 kali jangan serik untuk cuba lagi
kalau kita gagal 3 kali bermakna kita belum ade rezeki
kalau kita gagal 4 kali kena cari kesilapan diri
Kalau kita gagal 5 kali Allah masih nak duga kita
Kalau kita gagal 6 kali kuatkan hati jangan putus asa
Kalau kita gagal 7 kali bukan bermakna kita akan gagal buat selama lamanya.
Kerana dalam kegagalan ada pengajaran
Kerana dalam kegagalan ada perjuangan
Kerana dalam kegagalan ada kasih sayang
Kerana dalam kegagalan ada kesabaran
Kerana Kegagalan itu lawannya Kejayaan........
Bagi orang orang yang bersyukur
Bagi orang yang berfikir
Bagi orang yang redha
Bagi orang yang ikhlas
Bagi orang yang sedar dirinya hamba bukan Tuhan
TIADALAH DAYA UPAYA HAMBUMU YA ALLAH MELAINKAN DENGAN IDZINMU JUA....

Monday, April 12, 2010

DULU SAYA CIKGU

Lepas habis belajar diMaktab 4P Penang saya diposting mengajar di hometown Perak.Jumpa Pakwe KAT Penang kemudian kahwin selepas 1 tahun posting. Lepas kahwin pindah ke Cameron Hinghlands, 10 tahun mengajar di Cameron Highlands kemudian berpindah ikut suami ke Kuantan Pahang.
Di Kuantan saya mengajar disebuah Sek Men Agama subjek matematik menengah rendah.
Masa tulah cikgu cikgu Mate kena sindrom tukar Bahasa. Cikgu2 mate kena mengajar mate dalam Bahasa Inggeris. Wow!!!! bayangkanlah mengajar dengan bahasa ibunda pun dah se'eh ni nak kena guna Bahasa Inggeris pulak.
Selepas kena kursus berminggu minggu boleh lah mengajar dalam Bahasa Inggeris. Saya memang suka jadi cikgu dulu masa kecik2 pun suka berlakon main2 jadi cikgu.Sejak mula mengajar diKuantan saya dah mula berjinak jinak dengan biz dan MLM, namun saya tetap menjaga piority tugas cikgu tetap utama.
Anak murid kata saya cikgu yang sangat garang. Memanglah rata2 cikgu mate kena garang kalau tidak susah nak pandai kira.Saya memang ada prinsip mengajar, kalau saya dah mengajar pantang saya kalau anak murid masih tak faham. Kalau saya mengajar pantang saya ada murid cuba ponteng kelas.
Rekod cemerlang saya pernah mendapat 4 kali anugerah guru matematik cemerlang Sek Agama di Pahang dan keputusan kelulusan peperiksaan PMR sentiasa 100%. Pada hujung tahun 90an saya mula berminat dengan bidang rawatan alternatif. Setiap hujung minggu dan cuti sekolah saya pergi belajar ilmu rawatan alternatif CVT di Kuala Lumpur.
Sambil mengajar saya mula mempraktik ilmu yang saya pelajari. saya mula merawat ahli ahli keluarga dan kawan kawan disekeliling. Tak sangka pula respon sangat menggalakan
dan boleh pula memberi income yang agak lumayan.
Rekod rekod kejayaan dalam merawat orang sakit telah memberi semangat untuk terus kotmit dan mengambil Diploma dalam Rawatan Alternatif dalam tahun 2004. Cita cita nak jadi doktor Alternatif yang bertauliah. Dengan izin Allah gunung didaki lautan diseberangi setelah menghadapi pelbagai cabaran pada tahun 2006 saya telah berjaya mendapat gelaran Dr Alternatif dari Universiti Science and Colour Therapy di Kuala Lumpur.
Apa cite tentang cikgu pulak?
Sebenar setelah saya mengajar selama 27 tahun saya ada diserang sindrom bosan mengajar kerana terlalu banyak paradigma kualiti pelajar masa kini yang telah berubah dan tercemar.
Berbanding masa dulu dulu kini guru telah dibebani dengan pelbagai tanggung jawab yang kadang kadang tak masuk akal. Tugas luar kelas telah mengatasi kepentingan tuga s didalam kelas.sedangkan kualiti dan kredebeliti cikgu hanya ditekankan pada result peperiksaan.Saya rasa saya mengajar semakin pakar tetapi malangnya saya dapati pelajar pelajar sekarang semakin susah untuk diajar, semakin susah untu menerima pelajaran,semakin tidak menghormati guru dan kebanyakan tidak punya kekuatan dan semangat untuk belajar.
Pandangan peribadi saya mendapati pelajar tidak mahu berusaha, tidak sedar kepentingan belajar dan banyak terpengaruh dengan persekitaran yang tidak membantu mereka maju dalam pelajaran.Pelajar sudah tidak mengenal guru yang mengajar mereka.
Pelajar datang ke sekolah, pelajar masuk kelas tapi sebenarnya mereka tidak belajar.
Datang kesekolah hanya sebagai rutin dan memenuhi masa yang terluang.
Saya mendapat kesimpulan semua gejala gejala ini ada kaitan dengan amalan permakanan, latar belakang keluarga yang tidak setabil dan pengaruh syber dan internet serta sistem komunikasi yang semakin canggih.
Pelajar yang baru masuk sekolahpun sudah pandai main internet dan sms. Golongan pelajar sekolah sangat terdedah dengan pelbagai gejala yang sangat merbahaya yang mereka sendiri tak sedar akibat dari berkembangannya teknologi komunikasi dan jalur lebar..

Para ibu bapa melakukan apa sahaja untuk memastikan anak mereka dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sekali gus sebagai pelajar yang berjaya. Kelas kelas tution tumbuh seperti cendawan dan mendapat sabutan yang menggalakan. Buku buku pelbagai jenis dibeli untuk anak anak belajar dan jadi cemerlang. Namun apa yang diharapkan dari segala pengorbanan wang ringgit dan masa kadang kadang masih tidak tercapai.

Sebenarnya ada satu lagi perkara yang perlu kita sedari iaitu pelajar pelajar ini sebenarnya perlukan pembinaan rohani yang seimbang untuk membina sasiah yang positif.
Para ibu bapa tidak kurang juga membantu perkembangan pembelajaran anak anak dengan membekalkan produk produk minda yang banyak dipasaran kini kepada anak anak mereka.
Produk minda adalah permakanan otak.

Pada tahun 2006 saya meninggalkan bidang perguruan/ bersara awal atas sebab untuk menerokai bidang rawatan alternatif yang mempuyai pelbagai ilmu yang sangat berguna yang dapat menangani segala macam bentuk masalah dari segi kesihatan dan amalan,budaya dan sikap. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang ilmu permakanan, ilmu untuk mempositifkan sikap dan amalan yang boleh menjamin kesihatan,ilmu untuk memilih perawatan alternatif untuk menjaga kesihatan. Masyarakat perlu diberitahu bahawa rawatan alternatif sebenarnya merawat merangkumi 4 aspek level manusia iaitu spritual,emosi,mental dan fizikal. Rawatan Alternatif menyediakan penawar dalam bentuk tenaga yang menggunakan medium medium terpilih seperti madu, minyak zaiton, zaffaron, habbatussauda dan pelbagai lagi jenis yang memang telah termaktub dalam kitab. Kini rawatan alternatif boleh menyediakan pelbagai bentuk tenaga lagi yang secara fitrahnya itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh badan manusia, contohnya perubatan elektronik, pancaran tenaga rohani, holistik healing danlain-lain.

Untuk rujukan rawatan alternatif yang dicadangakan sila layari
www.rawatankesihatan.blogspot.com

Sunday, April 11, 2010

APPLIED KINESIOLOGY (AK)

Dalam rawatan Alterntif ada pelbagai cara perawat mendaignos pesakit untuk mengesan masalah kesihatan dan penyakit. Applied Kinesiology (AK) adalah satu kaedah mengesan penyakit menggunakan tenaga minda, digabung dengan kekuatan otot dan ilmu.
Tanpa ilmu kita tidak boleh memahami sesuatu kejadian yang berlaku dan tidak boleh mendapatkan apa apa manfaat dan tidak boleh melakukannya walaupun perkara itu nampak mudah.

AK telah diamalkan sejak dari dahulu lagi sila layari internet untuk mendapat rujukan
tentang pelbagai kaedah kinesiology yang diamalkan oleh pengamal perubatan alternatif dari luar negara. Dianosis secara AK yang dipraktikkan oleh perawat alternatif aura dan gelombang dapat membantu perawat mengenal pasti maklumat diri pesakit dari pelbagai aspek. Dengan menggunakan kekuatan otot tangan dan tenaga minda perawat dapat mengesan punca kelemahan organ ,sintomp2 penyakit, warna aura diri yang boleh memberi maklumat tentang personaliti diri secara keseluruhan, potensi penyakit dan saiz badan yang sebenar bagi pesakit.

Apabila tahap kesihatan seseorang sudah dikenalpasti perawat akan memberi rawatan yang sesuai dan produk produk penawar yang dipertenagakan dengan aura dan gelombang yang dimasukkan kedalam bahan bahan terpilih yang terbukti khasiatnya seperti yang telah dinyatakan dalam AlQuran, seperti madu, minyak zaitun, habatussauda, aroma buah buahan dan tumbuhan semuanya secara semula jadi dpat membangunkan semula kegalan fungsi organ dan sistem dalam tubuh badan.

Khasiat penawar ditambah lagi dengan tenaga asyifa dan pancaran tenaga rohani menjadikannya sesuai mengatasi apa sahaja masalah kesihatan yang dihadapi mahupun yang diperingkat kronik kerana sesungguhnya TIADA PENYAKIT YANG TIADA UBATNYA KECUALI MATI DAN PENYAKIT TUA.

Tuesday, April 6, 2010

APA ITU RAWATAN ALTERNATIF

Rawatan Alternatif dulu orang sebut rawatan tradisional. Bila sebut rawatan tradisional ramai orang tak minat sebab mereka ingat yang merawat tu bomoh, dukun, tabib dan ada juga ustaz ustaz guna penawar air sejuk yang dijampi atau mandi limau.Ada pulak yang menganggap kaedah tu semua khurafat kecuali ustaz yang guna air penawar. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan mereka boleh juga menyembuhkan penyakit.

Rawatan Alternatif kini lebih global.Rawatan alternatif biasanya di amalkan oleh pengamal pengamal pelbagai kaum bagi pelbagai jenis rawatan dinegara kita. Oleh kerana masyarakat di Malaysia ini adalah masyarakat majmuk maka khazanah perubatan alternatif sangatlah banyak diamalkan.

Orang India mengamalkan rawatan Ayuverda dan Yoga, manakala China terkenal dengan Akar kayu , cendawan, ginseng, refleksi dan akupanture , orang Melayu pula mengamalkan cara urutan tradisional ,jamu dan rawatan homeopati. Sebenarnya ada pelbagai jenis lagi bentuk rawatan altenatif di negara kita. Jenis rawatan yang sedang berkembang adalah rawatan yang berkonsepkan tenaga, gelombang dan aura seperti Chakera alam, Reikhi, Rawatan gelombang warna, Rawatan Pancaran tenaga rohani, Rawatan Elektronik dan pelbagai jenis rawatan berbentuk terapi gelombang.

Rawatan Alternatif telah menyumbang khidmat yang besar di negara kita dalam menangani pelbagai masalah penyakit yang biasa, penyakit yang kronik, yang misteri dan yang melibatkan gangguan tenaga luar. Pemikiran masyarakat sekarang lebih terbuka untuk menerima Rawatan Alternatif sebagai pilihan untuk merawat masalah kesihatan mereka. Kerajaan tidak kurang juga memberi sokongan dengan memberi laluan kepada pelbagai jenis rawatan alternatif untuk berganding bahu dengan pihak hospital swasta dan hospital kerajaan untuk memberi perkhidmatan rawatan kesihatan.

Rawatan Alternatif yang berkonsepkan tenaga aura dan gelombang adalah salah satu daripada kaedah rawatan terkini yang mula berkembang dikalangan masyarakat masa kini. Kaedah rawatannya yang unik dan menarik ,mudah serta berkesan dan tidak memerlukan kos yang tinggi memberi kepuasan kepada pelanggan. Sambutan yang diberi sangat menggalakkan. Rekod kejayaan dalam mengatasi pelbagai jenis penyakit sudah terbukti dan mendapat liputan dari majalah , akhbar dan media masa yang lain.

Kunjungi web kami www.rawatankesihatan.com untuk mendapat maklumat lanjut untk rawatan penyakit dan pelbagai masalah kesihatan. www.deforma2u.blogspot.com untuk mendapatakn produk penjagaan kulit/skin care yang mempunyai tenaga aura dan gelombang dalam pembuatannya. Ianya sangat berkesan dan dijamin suci dan bersih dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

TIADA PENYAKIT TIADA UBATNYA KECUALI MATI DAN TUA

Monday, April 5, 2010

PENYAKIT CEGAH SEBELUM PARAH

Kata pepatah melayu sudah terantuk baru tengadah. Penyakit ni sebenarnya kalau dah teruk memanglah susah nak dirawat, tapi mengapa kita biarkan penyakit dah jadi teruk baru nak rawat. Kalau penyakit kita tak teruk memanglah kalau pergi hospital pun doktor tak rawat betul betul kerana di hospital dah banyak sangat orang sakit teruk teruk yang nak kena rawat, sampai tak cukup doktor, tak cukup katil dan tak cukup ubat nak rawat. Yang dah teruk tu pulak rawat punya rawat pun belum tentu sembuh lagi, malah banyak yang makin sakit berbanding yang makin sembuh.

Kalau pergi hospital atau klinik pulak Doktor tanya kita balik cik sakit apa? Padahal tujuan kita pergi hospital ni sebab nak tanya doktor apa sebenarnya masalah yang kita hadapi, kenapa rasa tak sihat dan macam macam lagi nak tanya doktor.Pendekkan cerita doktor bagi ubat tahan sakit balik rumah reda kejap lepas tu penyakit masih tak ada kurang sikit pun. Nak pergi hospital lagi dah malas belilah ubat ubat yang dijual tanpa jaminan yang selamat untuk menahan sakit, akhirnya penyakit menjadi semakin teruk. Masa tu baru lah doktor suruh masuk wad, periksa punya periksa, analisa dan kaji akhirnya kena operation atau makan ubat sampai bila bila untuk menampung hidup.Apa pun rawatan yang disyorkan masa tu tak dapat lagi memulihkan keadaan hanya setakat bertahan bila dah tak boleh tahan......terus jalan.....

RAWATAN ALTERNATIF AURA DAN GELOMBANG ni berbeza dari senario tadi.Pusat rawatan alternatif bersedia menerima sesiapa sahaja untuk mendapatkan rawatan samaada yang dah sakit atau yang nak tahu samaada mereka ada penyakit atau tidak.Biasanya perawat tidak bertanya masalah yang dihadapi oleh pelanggan tetapi perawat yang akan beritahu masalah yang sedang dihadapi oleh pelanggan. Namun kalau pelanggan dapat memberitahu sejarah dan sintomp yang dihadapi itu lebih membantu perawat untuk memberi ulasan tentang masalah kesihatan pelanggan secara keseluruhan. Perawat alternatif akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengesan atau mendiagnos penyakit. Salah satu kaedah mengesan /mendiagnos penyakit yang digunakan dalam rawatan aura dan gelombang ialah AK Applied Kinesiologi.

AK adalah kaedah yang menggunakan konsep kekuatan minda, kekuatan otot dan ilmu. Perawat akan dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelanggan mereka walaupun mereka belum lagi menunjukan tahap penyakit yang ketara. Dalam peringkat awal organ organ telah mengalami kelemahan penyakit dipanggil sintomp iaitu bermula dari tanda tanda tidak selesa dan kurang daya tahan. Apabila fungsi organ sudah mula tidak seimbang maka penyakit sudah mula hendak menyerang dan bila tahap organ sudah gagal berfungsi maka disitulah penyakit sudah menjadi serius dan kronik. Carilah mana mana Pusat Rawatan Alternatif untuk mendapatkan perkhidmatan mendiagnos penyakit.
Pastinya lebih MUDAH, PANTAS MURAH DAN SELAMAT.
KUNJUNGI www.rawatankesihatan.com untuk kesihatan
www.deforma2u.blogspot.com untuk kecantikan dan penjagaan kulit

Wednesday, March 31, 2010

APA ITU PENYAKIT

Keadaan orang yang sakit itu ada dalam pelbagai kategori. Ada penyakit luaran dapat dirasai pada bentuk zahirnya dan dapat dilihat.Ada penyakit yang mengganggu spiritual dan emosi biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan kadangkala tidak disedari oleh sipesakit itu sendiri

Penyakit sebenarnya tidak datang secara mendadak terhadap seseorang . Ia menyerang secara berperingkat peringkat. Diperingkat awal tanda tanda penyakit atau sintomp akan mula dialami oleh kita. Sintomp 2 ini akan meningkat dari masa kemasa mengikut tahap sehingga ke peringkat yang kronik penyakit sudah tidak boleh dirawat lagi kerana kegagalan semua fungsi organ dan sistem tubuh badan.

Tubuh bandan mempunyai tenaga hayat semula jadi yang sempurna ukurannya mengikut sukatan aura dan gelombang tertentu. Dalam suatu keadaan aura tubuh badan seorang sudah menjadi tidak seimbang atau ukuran gelombang tenaganya sudah mula menurun atau tidak setabil lagi kerana tekanan dan perubahan yang berlaku atas sikap diri sendiri.

Ketidak seimbangan ukuran tenaga gelombang yang berlaku akan mengganggu
kerja2/fungsi organ dan sistem dalam badan dan menimbulkan rasa tidak selesa dan tidak bertenaga, disitulah bermulanya penyakit ditahap yang awal.

Penyakit tidak akan berundur malah terus mara dengan gangguannya selagi kita tidak mengambil langkah untuk mengawalnya. Ditahap sintomp yang awal ramai yang tidak mengindahkan langsung akan masalahnya ini, mereka menganggap perkara ini hanya sementara dan akan reda sendiri.

Anggapan mereka meleset sama sekali setiap hari mereka menjalankan terus aktiviti harian yang mereka lakukan dan menambah bebankan lagi masalah yang sedang melanda. Mereka tiada masa dan sayangkan duit mereka untuk mengambil perhatian terhadap bebanan penyakit yang sedang ditanggung. Mereka terus leka bekerja dan bekerja mencari duit.


Kasihatan adalah milik yang paling berharga bagi kita. Tiada seorang pun insan yang suka pada keadaan yang sakit atau tidak sihat. Tetapi adakah manusia dapat mengelakan diri dari di timpa masalah sakit ini. Tanyalah diri sendiri.

Ada golongan yang sangat mengambil berat tentang kesihatannya sejak dari awal lagi dan sentiasa menjaga setiap aspek amalannya yang dan mengelakan dari melakukan amalan amalan yang mengganggu kesihatannya.

Ada golongan yang sangat sibuk dengan karier yang dikejar sehingga terleka dari memandang secara langsung akan keupayaan diri sendiri sehingga menghadapi simptom sintomp yang semakin ketara dan mula mencari jalan dan ikhtiar untuk mengatasi masalah yang mula dihadapi dan dihidapi.

Ada golongan yang sangat tidak peka dengan gejala yang menimpa diri selain dari menumpukan sepenuh penuh perhatian hanya pada pekerjaan dan karier dalam mencari harta dan kekayaan, simptom penyakit yang memberi tanda tanda sakit tidak diperdulikan. Akhirnya apabila keadaan kesihatan semakin teruk dan kronik mereka terpaksa juga mencari rawatan sehingga kadangkala sudah tidak sempat untuk dirawat lagi dan membawa maut.
Dalam golongan manakah diri anda sebenarnya???

PENYAKIT DAHULU DAN SEKARANG

Senario penyakit pada zaman Datuk nenek kita dahulu adalah sangat berbeza sekali dengan senario penyakit masa kini. Pada ketika itu penyakit biasanya menyerang golongan usia yang sudah tua. Penyakit penyakit biasa menyerang seperti darah tinggi , demam panas dan penyakit tua.Kini penyakit boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira usia tua atau pun muda tidak terkecuali yang masih bayi. Malah mengikut kajian pakar perubatan bagi setiap 4 orang, seorang adalah berpotensi diserang penyakit canser. Pelbagai jenis penyakit misteri telah ditemui oleh para saintis yang mengkaji penyakit . Penyakit yang dahulunya menyerang binatang sahaja tetapi kini telah menyerang manusia seperti penyakit kuku dan mulut, penyakit JE dan lain-lain. Wabak-wabak penyakit kini sudah tidak dapat dikawal lagi seperti Denggi dan HI N1.Pelbagai kajian saintis yang begitu canggih telah diterokai namun kajian dan penemuan penemuan terbaru merka masih belum dapat menyelamatkan nyawa manusia seperti yang diharapkan.Kaedah rawatan pakar pakar yang memakan belanja yang besar dan risiko yang tidak menjamin kepada penyembuhan penyakit secara tak langsung telah menyebabkan masyarakat telah memilih rawatan alternatif sebagai salah satu usaha mereka untuk mencari jalan keluar bagi mengatasi masalah masalah kesihatan yang kronik dan yang misteri.Rekod rekod kejayaan para Doktor Alternatif yang tersiar di majallah dan media menambahkan lagi keyakinan masyarakat untuk memilih jenis rawatan Alternatif untuk masalah kesihatan mereka.

SALAM PENGENALAN

Salam pengenalan dari saya Dr S Noor Hamidah bt Mukhlas pengamal perawatan aletrnatif aura dan gelombang. Walaupun berlatar belakang sebagai seorang pendidik saya mula berminat melibatkan diri dalam bidang rawatan alternatif sejak 15 tahun yang lalu.

Setiap hujung minggu saya menghadiri kelas kelas ilmiah yang berkaitan dengan pelbagai jenis rawatan alternatif seperti terapi gelombang warna, terapi elektronik, terapi urutan refleksi dan urutan tradisional.Sejak tahun 90 an saya telah membuka pusat rawatan sendiri dan telah menjalankan perkhidmatan merawat pelbagai jenis penyakit biasa kronik termasuk gangguan halusinasi.

Saya telah membuka pusat rawatan dan telah mempunyai banyak rekod perawatan yang dapat membantu merawat pelbagai jenis penyakit biasa, kronik dan gangguan tenaga luar.
Untuk melengkapkan lagi pakej rawatan pelbagai jenis terapi yang disediakan seperti urutan refleksiologi, urutan tradisional dan mandian ais.